Mengenai Tampin Tampin

Bandar Tampin berjiran dengan Pulau Sebang, Melaka. Lampu isyarat di kedua-dua bandar yang berjiran itu merupakan penanda sempadan antara negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Tampin boleh dihubungkan dengan Melaka, Seremban dan Johor Bahru melalui Laluan Persekutuan Malaysia 1. Lebuh raya utama tidak melalui daerah Tampin tetapi boleh menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan keluar melalui Tol Simpang Ampat, Alor Gajah. Daerah Tampin mempunyai stesen keretapi iaitu di Gemas dan Air Kuning Selatan. Namun stesen Air Kuning Selatan telah ditutup. Projek landasan kereta api berkembar antara Seremban ke Gemas turut menggantikan Stesen Kereta Api Batang Melaka yang sedia ada di lokasi yang baru. Walau bagaimanapun lokasi Stesen KTMB Batang Melaka yang baru akan dipindahkan dalam kawasan Negeri Melaka.Stesen keretapi lama Batng Melaka telah ditutup dengan rasminya dan mulai bulan Februari 2015 stesen keretapi Batang Melaka yang baru telah mula beroperasi. Stesen Batang Melaka yang baru ini terletak di kawasan Negeri Melaka. Stesen keretapi terdekat bagi bandar Tampin ialah Stesen Keretapi Pulau Sebang, Alor Gajah Melaka yang terletak hanya 1 kilometer sahaja dari Pusat bandar Tampin.